PUTRAJAYA, 28 Dis [3.45 pm] - Dr Munawar Ahmad Anees bekas penulis ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, gagal dalam cubaannya supaya dipadamkan sebahagian daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat membabitkan dirinya. Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Raus Md Sharif, sebulat suara bersetuju menolak permohonan supaya diadakan semakan semula bagi membenarkan rayuannya bertarikh 17 Disember 2008 terhadap pensabitan dan hukuman penjara enam bulan berhubung kes liwat itu. Munawar dan peguamnya, Manjeet Singh Dhillon tidak hadir di mahkamah hari ini manakala Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud, adalah satu-satunya pihak yang hadir. Ketika membacakan penghakiman 15 muka surat, Hakim Raus berkata, mahkamah mendapati perenggan 20 hingga 26 dalam penghakiman sebelum ini bukanlah sesuatu yang direka. "Adalah jelas bahawa apa yang dinyatakan oleh mahkamah ini dalam perenggan 20 hingga 26 ada kaitan dengan sesuatu yang dihujah oleh semua pihak. Oleh itu, tidak ada apa salahnya bagi mahkamah ini untuk memberikan pendapatnya berhubung persoalan yang dibentangkan," kata Hakim Raus.
[Terkadang malu melihat permainan ini. Langsung tidak munasabah seorang manusia seperti Muanawar Anees ini menjadi habuan Anwar Ibrahim. Jika beliau seorang anak muda dan masih bergetah, mungkin boleh masuk dek akal sebenarnya. Inilah yang dikatakan takdir buat seorang pemimpin yang dicemburui oleh rakyat serta musuh-musuh politiknya. Adengan liwat ini telah menjatuhkan imej negara di mata dunia. Hingga menyebabkan seorang ulamak terkenal seperti Yusoff Al-Qardawi pun mahu kes ini ditangani dengan dengan berlandaskan Islam yang sebenarnya, dan bukan Islam ala Malaysia yang banyak menyimpang].
No comments:
Post a Comment